UM USM Dental School Interview 2017

Assalamualaikum.

Haritu janji dengan diri sendiri nak update entry interview dentistry right after yang medical punya. Tapi ish malas punya pasal, hari ini baru sempat nak update. Okay la. Better late than never.

As usual, kalau ada pertanyaan apa-apa,boleh terus direct contact sha in case korang comment dekat bawah ni takde reply sampai ke sudah. Maklumlah jarang buka blog ni. So, for fast reply, direct contact okayyy.

Email: shairaelianis@gmail.com
Instagram: @shairael_

Universiti Malaya (UM)

Date: 30/05/2017
Venue: Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian,UM.

Calon interview untuk haritu sangat sikit. Maybe sebab sesi terakhir. So beruntung la kalau dapat sesi hujung-hujung, tak payah tunggu lama-lama. Sha dapat sesi kedua interview untuk haritu, so interview start dalam pukul 2 macam tu kut. Tak ingat. Calon untuk sesi sha hanyalah 12 orang and almost half of them ialah budak pasum. Muka sama je kena hadap hahahaha.

Format Interview: Wire Bending & Interview Session

1. Wire Bending

Apa benda wire bending ni? Haaa kalau korang dah search banyak-banyak pasal dentistry mesti akan terjumpa term wire bending. Ianya ujian hand skills. Dentistry ni kan banyak guna tangan, so dia nak uji yang itu la. Nak tengok tangan tu lembut ke tak. Kang keras kaku je tangan tu nak pegang alatan pun tak boleh.

Person-in-charge akan brief sekejap tentang wire bending dan lepastu korang boleh buat sendiri. Dia akan bagi satu manual, straight wire, ruler dan plier(?). Tak sure la nama apa alat tu. Lebih kurang plier je rasanya. So, dekat manual tu ada lukisan bentuk yang korang perlu buat. Bila dah yakin dan faham bentuk tu macam mana, boleh terus bentukkan straight wire yang diberi sehingga menjadi seperti bentuk yang ditunjukkan dalam manual. Make sure sama bentuk jangan tersasar jadi bentuk lain pulak. Kalau tak cantik tak apa asalkan nampak rupa je okay.

Bentuk untuk wire bending UM


2. Interview Session

Interview dijalankan secara 2 to 1; 2 interviewers 1 candidate. Interview UM paling best paling tak pressure! Interview sha haritu sekejap je. Like 5 minutes macam tu. Orang lain pun sama. Interviewer sangat friendly and tak strict pun.

Interview Questions:

a. Tell me about yourself.
- Just a brief explanation about yourself. Tak perlu meleret panjang-panjang. Beritahu nama, tempat tinggal, sekolah mana dulu and selitkan sikit your passion towards dentistry.

b. Why do you choose dentistry?
Bagitahu jelah kenapa kan. Setiap orang ada sebab tersendiri. Contoh, dulu pernah pergi klinik gigi pastu nampak doktor gigi semua bergaya hebat berkarisma etc. Lepas dari tu, terus minat nak jadi doktor gigi jugak. Haa anything la yang menyebabkan korang suka dentistry ni.

c. Tell me about your cocurriculum activies.
- Ini masanya untuk brag tentang diri korang. Bahasa mudah, bangga diri. Cerita je semua yang pernah korang join dulu time sekolah/asasi/matrik dll. Pertandingan bercerita pun boleh.

d. What are the skills needed for a dentist?
- Ini soalan yang memerlukan pengetahuan tapi tak mendalam sangat. Secara general, yang paling penting, communication skill sebab nak interact dengan patient. Kalau skill specific untuk dentistry, hand skills (manual dexterity) sebab mostly banyak guna tangan untuk carving, untuk buat gigi palsu and etc.

See, soalan sangat simple. Sebab tu sekejap je interview. Tak perlu risau sangat. Kalau berdebar sangat, buat preparation secukupnya sebelum hari interview. Baca la sikit-sikit tentang dentistry um ye.


Universiti Sains Malaysia (USM)

Date: 07/06/2017
Venue: Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM.

Format Interview: Wire Bending & Interview Session

Format sama je macam UM. Yang berbeza ialah bahagian wire bending senang, bahagian interview susah. Vice versa dengan UM.

1. Wire Bending

Person-in-charge akan brief sekejap using video. Beri perhatian dekat video tersebut sebab dia akan tunjukkan cara-cara bengkokkan wire using plier tu. Macam biasa, yang akan dibekalkan ialah, manual, straight wire, plier and ruler. Tapi in case mereka tak bekalkan semua tu, sila bawa sendiri pensel/pen/pembaris. Bentuk yang diberi sangat senang cuma kena concentrate lebih sikit sebab bentuk tu kecil je. Kalau tak faham, boleh je tanya penyelia yang ada dekat situ.

Bentuk untuk wire bending USM

p/s: Wire bending session ni dibuat di makmal USM sendiri haaa so suasana tu lain sikit. Boleh la imagine masa depan hehe.

2. Interview Session

Interview 3 to 1. Semua interviewer sangat friendly dan baik. No need to be afraid. Soalan interview USM susah sikit sebab dia perlukan banyak knowledge. Tapi tak apa, kalau dah prepare, in shaa Allah boleh jawab.

Interview Questions:

a. Why do you choose dentistry?

b. What are the dental materials?
- I failed to answer this one. Sebab tak tahu dental material tu apa. So prepare a lot, guys!

c. What do you know about dentistry?

d. Tell me the personal commitments in order to be a good dentist.

e. What skills do you need to be a dentist?

f. If you get chosen for UM, will you choose UM or USM?
- In my case, sha pelajar PASUM. So that's why dia tanya macam tu. Kena pandai bagi sebab.

g. [Opinion: Choose 1] Your friend lost his parents and two brothers. He is thinking to commit suicide. How do you respond to this?
- Akan ada 7 cue cards and korang kena pilih satu. Lepastu jawab la apa yang perlu ye. In this situation, normal thing yang perlu buat ialah bagi nasihat dengan baik. And if to certain extent it gets worse, jumpa counselor atau kalau worse lagi jumpa psychiatrist.


SPECIAL TIPS:

  1. Untuk wire bending, bawa alat tulis sendiri in case pihak mereka tidak sediakan. Pen/pensel/pemadam/pembaris.
  2. Buka youtube and search 'wire bending dentistry' supaya korang boleh imagine cara-cara nak buat and guna plier.
  3. Be careful! Wire yang digunakan sangat nipis and hujung dia agak tajam. Hati-hati time nak bengkokkan. Dah ada calon yang luka tangan time buat tu. Kalau dia bagi goggle, sila pakai in case wire tu terpelanting kena mata haaa tak ke merana.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan. Jangan la dah sampai tempat interview, tertinggal sijil, slip tawaran temuduga dll. Double check okay ^^
  5.  Be confident! Jangan malu-malu nak bercakap. Tapi jangan la over sangat hehe.
  6. SMILE :) 

So, that's it for dental interview entry. If you have any questions, don't hesitate to contact me. I will try to help you as much as I can. Good luck and may the odds be ever in your favor ^^