Interview scholarship MARA


Assalamualaikum

As per title, I want to share my experience during MARA Scholarship Interview. Let's start from the basic. Okay, I apply MARA scholarship under Program Persediaan Pelajar Cemerlang Lepasan SPM Dalam & Luar Negara 2016. I apply Luar Negara (LN) untuk Perubatan. Kod LN0301_2016, Perubatan. 1 tahun Pra-USM di Kolej MARA Kulim dan 5 tahun degree di USM-KLE, India.

Back to our topic, ada dua peringkat untuk sesiapa yang ambil program luar negara. Yang ada kod LN dekat depan tu haa. Bagi kod program DN, dalam negara, hanya ada satu peringkat sahaja.


UJIAN PSYCHOMETRICS ONLINE (DN & LN)

Ujian ni adalah secara atas talian/online.Tarikh dan masa untuk ujian ni dinyatakan dalam surat tawaran. So, kena sentiasa alert. Jangan terlepas pulak. Ujian I haritu hari Rabu kalau tak silap. 23/3/16. Jam 3.15 pm. Memang tepat-tepat 3.15pm. Since I was so nervous, I already terpacak depan laptop jam 2.30 pm. Semangat gila nak jawab.

Ujian ni mengambil sejam sahaja. Ada 100 soalan semuanya. Ya 100 soalan dalam masa sejam. Tapi jangan risau, sebab soalan 50-100 (I think, tak ingat dah) adalah soalan personaliti. Senang je. Tutup sebelah mata pun boleh jawab nye lah. Tak perlu risau tentang ni. Jawab sejujurnya je. Yang korang perlu risaukan adalah soalan 1-50. Thats a tough one, I must say!

Soalan-soalan yang diberi bukanlah soalan Biology, Chemistry, Physics. No its not. Ianya soalan Sejarah, Mathematics and Problem Solving. Sebenarnya soalan dia tak payah pun. Yang memayahkan ialah time limit dan internet connection yang macam ..... Oh ya, nasihat saya sebelum jawab tu, sila guna laptop/komputer yang tak 'hang'. Sebab kalau selalu hang, korang yang rugi tau. Masa tetap berjalan.

Soalan Mathematics tu confirm korang boleh jawab punya. Senang je lah. Sediakan kalkulator je. Problem Solving pun sama. Soalan dia confusing sikit tapi kalau dah dpat grab situation dia macam mana, senang jugak yang ni. Yang korang perlu get ready ialah soalan Sejarah. For me, memang payah. Soalan ni includes Form 3 jugak. Ada yang confident I jawab. Ada yang bolehla. Ada yang pasrah je la wei. So, nasihat I to future candidates, banyakkan pengetahuan tentang Sejarah okay. Baru tak menyesal macam I.Google je. Soalan sejarah I haritu pun banyak yang sebijik macam dalam Google ni hah.


TEMUDUGA (LN only)

Dijalankan selama dua hari. 26/3/16 – 27/3/16. I punya interview, 27/3/16. Hari Ahad.

Okay, interview ada dua sesi untuk hari tu. I dapat sesi pagi. 7.30 am – 9.00 am. Tapi tak betul pun. More like 6.30 am  - 10.00 am for me. Sebabnya, tempat interview ni tersangatlah jauh dari tempat tinggal. Banting, which is Kolej Mara Banting.  5 pagi dah bergegas keluar rumah. Solat Subuh pun dekat masjid sana.

Waktu sampai dekat sana, masih awal. So, breakfast dulu. Lepas tu, terus pergi beratur di dewan. Jangan risau kalau takut sesat. Nanti guard akan tunjukkan tempat interview tersebut. Pihak pengurusan akan asingkan yang ambil kursus perubatan dan bukan perubatan. I tak tahu kos apa yang bukan perubatan tu. Lepas tu, dia bahagikan kumpulan. Kumpulan A sampai la kumpulan ... tak ingat. Maaf maaf. Next, daftar dan dia akan bagi kad pengenalan kita. Serupa kad matrik tu haaa. Gantung je dekat leher tu. Jangan pegang jangan hayunkan jangan hilangkan. I got B2. Sebab I kumpulan B, yang ke 2. Basically, ada 6 orang dalam satu kumpulan. Tapi disebabkan medic untuk sesi I haritu tak ramai, so average 5 orang lah dalam satu group.

Ada dua checkpoint. Checkpoint 1, my group di interview oleh 3 orang panel. Semua lelaki. Waktu mula-mula masuk, panel pesan awal-awal, tak perlu formal sangat. Santai je. Task pun santai je. Diorang bagi dua sampul untuk dua kumpulan. Which means, my group, B, dibahagikan sekali lagi kepada 2. So, ada 3 orang satu group. Task nya ialah Pizza Puzzle. Senang je. Kitorang cuma perlu lengkapkan kata-kata daripada Nelson Mandela.  First tu memang blur. Tak tahu apa-apa. Klu yang ada hanya lah 3 huruf je. Lepas tu, panel suruh kitorang gabung balik group untuk selesaikan task tersebut. haaa masa tu berderu idea masuk. Maklumlah dah dapat 6 huruf sebagai clue.

"Education is the most powerful weapon which you can use to change the world." - Nelson Mandela

Yes, itulah kata-kata daripada Nelson Mandela. Lepas selesai, kitorang ditanya, what you get from this task. Cakap je la apa yang korang dapat. Teamwork, generate more ideas, better team, education is important, knowledge etc.

The second checkpoint, kitorang dapat case study. My team case is "Home Birth. Give your opinions whether you agree or disagree. Choose from doctors, patients family members and community." Lebih kurang macam ni la soalan. Tak ingat dah. Short term memory loss. Kitorang diberi masa untuk preparation selama 10 minit, lepas tu bentangkan ala-ala debate. Lepas habis present, soalan lain pula diberi untu setiap individu. I got "Melancong menggunakan duit pinjaman MARA". Since soalan dalam Bahasa Melayu, jawab pun dalam Bahasa Melayu. Ada yang dapat soalan sama. Ada yang soalan lain.

Lastly, diorang akan bagi sehelai evaluation paper. Kitorang dikehendaki mark performance diri sendiri dan ahli group yang lain. Between 0-5. Evaluate la dengan jujur. I teringin nak bagi mark 5 dekat diri sendiri hahaha tapi since ada lagi ahli group I yang lebih okay, so I just put an average mark for me. Siap je semua, kitorang dibenarkan balik. Yeayy dah tamat dah.

Another nasihat, lepas siap jangan la terus balik. Ambil la gambar kenangan. Lepas ni tak jumpa dah. Unless korang dapat belajar tempat sama nanti.

Okay, setakat ini sahaja coretan untuk interview MARA. Do take note that this is 2016 interview. Next year mungkin format berubah. Apa-apa pun, good luck to everyone.

Update: Yes I dapat tawaran ni. Tapi terpaksa tolak because a lot of reasons :(

Till my next entry, adios!