PASUM?

Assalamualaikum

Yes I am a proud PASUMian of batch PASUM 16/17. I student Hayat, ye geng budak-budak nerd. Eh betul ke nerd? Hahaha tak de lah. Tak semua nerd ye 😘



So, PASUM? Apa tu? PASUM is actually Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. PASUM ada dua aliran. Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal. Beza dua aliran ni ialah subjek yang korang akan cover. Hayat ada Biology while Fizikal ada Science Computer, Engineering Mathematics and Vector. Kalau tak silap la. Nanti I terangkan lain kali ye kalau tak faham. Now, let's continue.

Update: Sebenarnya ada lagi satu. APIDS. APIDS stands for Asasi Pengajian Islam Dan Sains. Diorang berbeza sedikit dengan Hayat/Fizikal. APIDS ialah program dua tahun. First year diorang belajar di kampus Nilampuri, Kelantan untuk subjek yang berkaitan dengan Pengajian Islam. The next year barula diorang sambung di PASUM untuk subjek sains. Maknanya diorang ialah kakak-kakak dan abang-abang. Tua setahun daripada budak PASUM. Student APIDS akan belajar sekali dengan student Hayat Fizikal. Selalunya in group Hayat 1 atau Fizikal 1. I takde banyak info tentang APIDS haraf maaf.

Kalau PASUM ada dalam list pilihan UPU korang, I think you made a great choice. Kenapa bagus? Kenapa? Kenapa?

1. Starting from PASUM 15/16, kuota kemasukan untuk degree in UM bagi pelajar PASUM ialah 60%. See the privilege that you get?  Korang diutamakan untuk masuk UM berbanding pelajar lain. Tapi, kalau korang nak amik critical course seperti Perubatan, 4.00 flat is a must. Walaupun kuota tinggi, tapi pointer kurang, tak dapat jugak.

2. Korang boleh pilih universiti lain untuk degree nanti. Maksudnya, kalau korang tiba-tiba rasa tak nak sambung dekat UM, korang boleh apply universiti lain melalui UPU. So, korang ada banyak pilihan lagi tauu. And as far as I know, PASUM dan Asasi UiTM Dengkil (ASiD) je yang boleh apply universiti lain for degree nanti. Yang lain pun boleh sebenarnya tapi susah sikit. Correct me if I'm wrong.

3. Lecturer sangat baik. Yesss diorang sanggup tolong korang from the smallest things to the biggest things. Kalau korang tak faham apa yang diajarkan dalam kuliah, boleh terus tanya lecturer. Seeloknya, lepas kuliah tamat la sebab tak nak mengganggu sesi kuliah tu. Nanti korang jugak yang lambat habis syllabus. Unless, lecturer bagi ruang untuk bertanya. And kalau nak tanya perkara selain kuliah, contoh tentang tarikh cuti hahaha (I la tu), pun boleh tanya lecturer. In shaa Allah diorang akan reply sebaik mungkin.

4. Soalan exam digubal dan ditanda oleh lecturer PASUM sendiri. So, jangan risau. Apa yang keluar dalam exam ialah apa yang diajar dalam kuliah sahaja. Tak perlu baca buku-buku rujukan semua tu. Baca lecture notes je. Tapi, kalau nak faham lebih lagi, tak kisah pun baca. Membaca kan amalan mulia.

Another thing is, kalau korang bernasib baik, lecturer akan bagi tajuk-tajuk yang akan masuk exam. Kadang-kadang diorang bagi hint "ini penting ye" "kalau keluar soalan macam ni, boleh jawab kan?" . Pandai-pandai la alert ye. And sesetengah lecturer terus bagi tajuk mana yang masuk dan tajuk mana yang tak masuk. Memudahkan kerja korang tau. Lagi-lagi kalau bio. Sebab banyak topik nak kena hafal.

5. Jadual kelas agak pack tapi rasanya okay kut... Awal-awal dulu, I selalu je merungut jadual waktu PASUM tak best. Pack sangat. Padahal takpun. Lama-lama, biasa la tu. Macam biasa, kelas hari Isnin sehingga Jumaat start pukul 8am until 5pm. Ada break sejam 1pm-2pm. Kalau bernasib baik, ada satu hari tu kelas korang start pukul 9am. Best kan?

One more thing, hari Jumaat kelas start pukul 9 pagi sampai 12 tengah hari je!  (ada sesetengah class start pukul 8am. harap bersabar.) Ye mungkin jadual budak asasi/matrik lain lagi best. Tapi bersyukur la. Sebab at least takde kelas malam. Takde kelas tambahan. Kelas ganti akan ada tho. Harap bersabar.

However, dalam kelebihan mesti ada kekurangan. I tak tahu apa yang akan dibincangkan nanti kekurangan ke apa. Tapi kind of membuatkan kami merungut. Kekurangan ke? Ahh lantak la.

1. Untuk pengetahuan semua, syllabus PASUM agak mendalam dari yang lain. Lebih details. Student lain belajar topik tu time sem 2, korang sem 1 dah belajar. Rasanya? Macam nak lempar je notes tu semua huhu. Tapi kan..semua ni nanti akan menyenangkan korang bila masuk degree. Daripada pengalaman senior yang lepas, diorang boleh catch up cepat sikit berbanding orang lain sebab apa yang dipelajari masa first year degree dah belajar time PASUM dulu. Kiranya, bagi budak PASUM, topik tu hanya sebagai revision. Boleh fokus topik yang lain dulu. Bukan nak merendahkan orang lain. Sama sekali tidak ye.Cuma nak cakap pengalaman diorang je. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh pensyarah.

2. Selain tu, PASUM terkenal dengan kelas ganti as I mentioned above. Kau cuti merdeka pun kena ganti weh. Sadis tak? Kalau ditakdirkan cuti time hari lab takpela sebab lab takyah ganti. Tapi kalau lectures and tuto straight? Merempat la kau hahahaha. Penat wei huhu

3. Tentang pakaian pulak, korang dikehendaki berpakaian formal setiap hari time pergi kelas. Formal means baju kurung bagi perempuan, kemeja with tie bagi lelaki. Korang mengharapkan boleh pakai lawa-lawa kan time universiti? Jangan harap. Baju kurung je ye. Straight 5 hari. Tapi tapi tapi.. Ada bagusnya jugak. Kalau pakai baju biasa mau pening pagi-pagi nak pakai baju ni dengan seluar apa. Tudung ni matching ke tak. Baju ni nampak gemuk ke. Kalau baju kurung. takyah pening sangat lah. Dah satu set baju dan kain. Rembat je.

4. And satu benda lagi yang takkan lari dengan PASUM ialah cuti! Cuti budak-budak PASUM sangatlah sedikit kalau compared to UiTM Dengkil. Diorang banyak cuti dan lama. Cuti sem PASUM hanyalah 2 minggu tapi diorang punya sebulan lebih weh. Kalau rasa taknak sakit hati di kemudian hari, sila jangan pilih PASUM ye. Tapi, PASUM tetap di hati I.

And I think that's it for now. Kalau ada yang tertinggal, I will update it as fast as I can.

Update:
During my batch, students were sorted by their birth month. Kalau lahir bulan 1, they were in Hayat1 /Fizikal 1, kumpulan HA/FA and the list goes on. Mine was in Hayat 2, HM. The best thing ever sebab dapat sambut birthday sama-sama and I couldn't agree more, that was my best class ever! Forever thanking PASUM for this arrangement ^^

Thanks for reading! Till the next entry, adios!