January 05, 2017

Tips to Survive PASUM?

Assalamualaikum

Previous post I talked about the advantages of PASUM, right? Now i'm gonna talk about tips to survive PASUM. Actually, I don't know if I am the right person nak bagi tips segala. Tapi, takpelah. cakap berdasarkan pengalaman okay. Yang baik boleh diambil, yang buruk sila lah tinggalkan.

So, yeah here's a special entry on tips to survive PASUM.

1. TUTORIALS

Tutorials adalah benda yang paling penting dalam hidup korang. Korang kena pastikan setiap tutorial dibuat dengan baik dan lengkap. Tak faham soalan pun takpe. Cuba je jawab dulu. Nanti bila check dalam kelas, korang boleh betulkan jangan risau. Bila korang dah jawab walaupun salah, korang sebenarnya dah ingat bahawa method yang korang guna adalah salah. So, nanti in future korang takkan buat the same mistake twice.

Cuba lengkapkan tutorial korang. Ada beberapa cara actually untuk buat tutorials ni. Sesetengah orang suka revise dulu chapter tu baru jawab. Sesetengah yang lain suka tengok soalan dulu, jawab dan kalau tak faham barulah rujuk notes. Selain itu, ada jugak yang tiru tutorial kawan je. Asal siap. Korang nak tiru boleh, asalkan lepastu korang revise balik dan fahamkan kenapa macam tu, kenapa macam ni. Takde yang salah pun. Yang salah bila meniru ialah korang main tiru je. Lepastu tak faham apa-apa pun. Takde fungsi la salin tutorial kawan. Korang kena ingat, tutorial ni umpama nyawa korang tau. Tanpa tutorial, tak mampu hidup. Eh melebih pulak.

2. CARRY MARKS

Ini lagi satu benda penting. Sangat penting! Carry marks ini la yang akan menyelamatkan budak-budak PASUM sekalian. Andai kata final tak perfom sangat, in shaa Allah carry mark akan membantu. Membantu sikit pun jadila. So, kena selalu jaga carry mark ni. Jangan anggap ni semua benda remeh. Kalau anggap remeh, haa tengok la nanti pointer power ke tak. Sebab setahu sha, ramai yang final tak berapa nak perform sebab soalan susah (yess sangat susah bagi sha), tapi pointer diorang power-power. Above 3.5 i can say. So, macam mana nak jaga carry mark?

First thing first, carry mark menyumbang 40% daripada keseluruhan. Final exam 60%. Banyak kan 40% tu? Haaa sebab tu kena jaga elok-elok. Bagai menatang minyak yang penuh.

Carry mark ni korang boleh dapat from Tests, Lab dan Midsem. 20% daripada test, 20% daripada Midsem. Lab dan test tu kira sekali la ye. Sis tak ingat diorang ni asing ke gabung. Apa benda test,lab, midsem ni? Test is test. Hahaha lawak hambar guys. K.

Midsem ialah exam yang paling senang sepanjang sem. Lol exam ada dua je. Confirm la senang midsem dari final. Semua soalan objektif. Tiada subjektif. Objektif semata-mata. In shaa Allah format tak berubah. Kalau berubah, sila berdoa banyak-banyak guys. Midsem in shaa Allah senang je sebab mostly dari tutorial jugak. Korang faham tutorial, mesti boleh jawab punya. Sila la revise banyak-banyak okay.

Untuk lab pulak, akan ada lab setiap minggu kecuali kalau minggu tu ada cuti. Kalau hari Isnin cuti, maknanya free la korang dari lab sepanjang minggu tu. Yang ni sangat best! Boleh la nak keluar pergi rumah kedua korang (Mid Valley). Lab untuk setiap subjek agak berbeza sedikit. Nanti sha terangkan dekat bawah sekali dengan test untuk memudahkan korang faham.

CHEMISTRY
Test: Every week dalam bentuk tutorial. Maknanya, tutorial yang korang dapat setiap minggu tu adalah kertas test korang. Best kan? Sebab boleh tengok buku atau search google atau paling senang, tiru je kawan. Kalau tak, memang pasrah je la jawab test chemistry ni. Lagi-lagi kalau organic chemistry huaa merana.Tapi walaupun boleh tengok semua tu, tak semestinya akan dapat full marks. Mesti ada je salah situ salah sini.
Lab: Every week kalau takde cuti. Tengok balik jadual yang diberi. Lab chemistry adalah yang paling tak digemari oleh semua. Dia punya tahap stress tu boleh mencecah Gunung Kinabalu okay guys. Ni kalau dapat demonstrator yang strict la. Kalau dapat yang baik, alhamdulillah. Kalau takde jerit-jerit dalam lab, memang bukan lab chemistry la namanya. Lab chemistry agak special sikit sebab korang akan buat experiment tu sorang-sorang. Cuak tak cuak tak? Kalau time experiment dekat sekolah dulu korang memegang watak tukang perhati yang berjaya, susah la sikit. Sikit je sebab nanti automatik korang boleh buat sorang-sorang kalau dapat demo yang menjerit-jerit. Automatic response yall. Dan tak perlu risau, korang akan disajikan dengan bunyi-bunyi kaca pecah di setiap sudut. Tak boring kan? Hahahaha. Lab report pulak kena siapkan awal-awal dekat kolej lagi okay. Kalau nak buat dalam lab, memang menempah maut. Semua ni jangan risau. Nanti akan ada briefing lab masa first week lab nanti.

PHYSICS
Test: Bukan setiap minggu. Ada certain minggu je. Nanti akan ada jadual. Boleh rujuk jadual tu. Test physics buat time lab okay. Meaning, sebelum start lab, akan ada test. Selalunya 15 minutes je. Lepas habis test, sambung buat experiment.
Lab: Lab physics buat dalam kumpulan. Setiap orang akan buat experiment berbeza. Yang mana dapat experiment sama, that's your group. Lab physics akan bertukar silih ganti. Contohnya, kalau minggu ni lab korang MF6-3, next week MF4. Lepastu, back to MF6-3. Then, MF4 balik. Haa cenggitu la harap faham. Lab report? Memang kena buat dekat kolej sebab nanti tak sempat. Tapi bukan semua kena salin balik. Ada parts yang boleh tear off je dari manual book. Akan ada briefing jangan risau.

BIOLOGY
Test: Setiap minggu. Selalunya lecturer akan bagitahu topic mana masuk test untuk that week. Kalau korang bernasib baik, tutor korang nanti akan bagi hint sikit masuk apa. Boleh la belek-belek kejap notes tu. Oh ya, test bio buat time tutor. Selalunya sebelum discuss soalan tutorial. Tapi ada je yang bagi kelonggaran buat test selepas bincang. Sebab kadang-kadang soalan test ada dalam soalan tutorial jugak. Ada sekali tu my class decided nak buat test lepas habis discussion tutorial sebab ada yang lewat masuk. Bila dah buat test, eh ada yang dah bincang tadi. Apa lagii. Tiru je la yang dekat papan putih punya. Jawapan sama tu tak perlu hairan hoho
Lab: Sama macam lab physics. Buat dalam kumpulan. Setiap orang experiment sama je. Yang melecehkan time lab bio ialah lukisan. Dari sekecil-kecil organism sampai sebesar-besar organism. Kalau yang kena tengok through microscope lagilah leceh. Nak adjust microscope bagi nampak organism tu satu hal, dah dapat tengok eh confuse pulak tu part mana ni part mana. Hm nasib la labu. Lab report bio paling senang. Tak perlu salin objective, method etc. Hanya perlu buat cover page dan jawab soalan. Kalau ada lukisan, kena lukis la. Ni bergantung jugak pada demo actually. Ada yang suruh buat objectives je. Ada yang tak perlu buat apa-apa. So, nanti sila alert time briefing lab. Demo bio mostly semua baik-baik je. Jangan risau.

MATHEMATICS
Test: Ada 4 test setiap sem. Jangan risau sebab selalunya tutor akan bagitahu bila ada test dan tutorial mana yang masuk. Kalau dapat yang baik, terus dia suruh tekankan soalan sekian-sekian daripada tutorial sekian-sekian.
Note: Math takde lab ye. Jangan ada yang tanya pulak kenapa.

Harap maaf sebab sha takde info tentang subjek aliran Fizikal setakat ni. Nanti kalau ada, I will update.

So, I think itu je kut penerangan. Rasa macam ada banyak lagi tapi tak mampu nak generate idea banyak-banyak. Setakat ni jelah dulu. Kalau ada penambahan, I will update it asap.

Thanks for reading! Till next entry, adios!

January 03, 2017

My 2017 To-Do List

Assalamualaikum

Sekelip mata je dah masuk tahun 2017. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je masuk tahun 2016 semalam. Rasa macam baru je terima result SPM haritu. Rasa macam baru je masuk PASUM. Tup tup, dah tahun 2017. Tinggal lagi beberapa bulan je nak habis PASUM ni haa, Lepastu sambung degree, in shaa Allah. Tak sangka diri ini dah tua. Baru je sambut 18th birthday bulan 11 haritu. Eh takpe still 18 tahun. 18 tahun 1 bulan 6 hari. Gigihnya kira hari sebab tak nak terima hakikat sudah 19 hahaha. 

Orang cakap makin tua makin matang. Ya ke? Matang dari segi usia je lah kut. Pemikiran, perangai masih belum matang. Masih kanak-kanak. Masih tak mampu nak buat keputusan. Masih bergantung harap dengan orang lain. Bila agaknya sha nak matang ek? Rasanya bukan dalam masa terdekat kot. Tunggu next few years lagi okay hehe,

Oh ya, setiap kali tahun baru, benda yang paling disebut-sebut ialah azam tahun baru. So, apa azam tahun baru sha? Hmmm. Azam tu banyak je. Ada yang carry forward dari tahun lepas punya (hahahah), ada yang upgraded dan ada yang baru muncul dalam list.

Benda pertama yang sha nak capai ialah GRADUATED FROM PASUM. Takyah nak grad sangat la kan. Pasum je pun. Lebih tepat lagi, habiskan PASUM dengan jayanya, in shaa Allah, Kalau tak dapat 4 flat pun takpe. Tak kisah sebab everything happens for a reason, right? Maybe more than one reason. 


Second in list ialah nak dapatkan LESEN. Orang lain dah dapat lesen kereta berzaman lamanya, sha baru je nak masuk list hahaha. Sepatutnya sha amik lesen kereta tahun lepas. Tapi, almaklumlah sha ni pemalas sikit kalau ada latihan semua tu. In shaa Allah, tahun ni tak malas lagi. Kalau tetiba rasa malas lagi, kita carry forward tahun depan lah ye hehe. 

Thirdly, TRAVEL. Tak kisah travel mana-mana. Asalkan keluar daripada rumah. Pergi pantai yang dekat-dekat pun sha dah kira travel. Nak pergi tempat yang tak pernah lagi. Dekat Kelantan ni banyak sangat tempat yang sha belum terokai. So, in shaa Allah kalau berkesempatan nak pergi tempat-tempat tu semua.

Yang keempat, BOOKS HUNTING. Yesss benda yang paling nak buat, First nak beli special rack untuk organize buku-buku, Then, pergi mana-mana book fair dan beli segala jenis mak nenek buku yang ada. Banyak sangat buku dalam list to-buy ni. Tak baca lagi pun takpe. Asalkan ada je dulu. Baru la hati ni tenang.

Image result for books big bad wolf


Last but not least, HARRY POTTER'S. Apa yang dimaksudkan di sini ialah sha nak beli semua barang yang Harry Potter-related. Takde la semua. Cuma yang berkenan di hati je. Kalau semua, ada jugak yang merempat bawah jambatan nanti kang. Setakat ni sha dah ada semua DVD Harry Potter. Official one, of course. Buku Harry Potter in English masih belum lengkap. Same goes to yang Malay punya. Lepastu Time Turner necklace and Wand Keychain dah otw beli. Tunggu sampai je. So setakat ni yang masih belum ada dalam possession ialah Snitch Bracelet, Wand, House Muffler, Platform 9 3/4 ticket and so many moree. Sempat ke tak ye nak beli before 2017 ends? Hopefully sempat, amin.

So yeah that's it. Azam 2017. Mudah-mudahan semuanya tercapai. Half pun dah bersyukur dah. Nanti nak masuk tahun 2018, I will update this back, in shaa Allah kalau umur panjang. 

Thank you for reading, guys! Till the next try, adios!