January 03, 2017

My 2017 To-Do List

Assalamualaikum

Sekelip mata je dah masuk tahun 2017. Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je masuk tahun 2016 semalam. Rasa macam baru je terima result SPM haritu. Rasa macam baru je masuk PASUM. Tup tup, dah tahun 2017. Tinggal lagi beberapa bulan je nak habis PASUM ni haa, Lepastu sambung degree, in shaa Allah. Tak sangka diri ini dah tua. Baru je sambut 18th birthday bulan 11 haritu. Eh takpe still 18 tahun. 18 tahun 1 bulan 6 hari. Gigihnya kira hari sebab tak nak terima hakikat sudah 19 hahaha. 

Orang cakap makin tua makin matang. Ya ke? Matang dari segi usia je lah kut. Pemikiran, perangai masih belum matang. Masih kanak-kanak. Masih tak mampu nak buat keputusan. Masih bergantung harap dengan orang lain. Bila agaknya sha nak matang ek? Rasanya bukan dalam masa terdekat kot. Tunggu next few years lagi okay hehe,

Oh ya, setiap kali tahun baru, benda yang paling disebut-sebut ialah azam tahun baru. So, apa azam tahun baru sha? Hmmm. Azam tu banyak je. Ada yang carry forward dari tahun lepas punya (hahahah), ada yang upgraded dan ada yang baru muncul dalam list.

Benda pertama yang sha nak capai ialah GRADUATED FROM PASUM. Takyah nak grad sangat la kan. Pasum je pun. Lebih tepat lagi, habiskan PASUM dengan jayanya, in shaa Allah, Kalau tak dapat 4 flat pun takpe. Tak kisah sebab everything happens for a reason, right? Maybe more than one reason. 


Second in list ialah nak dapatkan LESEN. Orang lain dah dapat lesen kereta berzaman lamanya, sha baru je nak masuk list hahaha. Sepatutnya sha amik lesen kereta tahun lepas. Tapi, almaklumlah sha ni pemalas sikit kalau ada latihan semua tu. In shaa Allah, tahun ni tak malas lagi. Kalau tetiba rasa malas lagi, kita carry forward tahun depan lah ye hehe. 

Thirdly, TRAVEL. Tak kisah travel mana-mana. Asalkan keluar daripada rumah. Pergi pantai yang dekat-dekat pun sha dah kira travel. Nak pergi tempat yang tak pernah lagi. Dekat Kelantan ni banyak sangat tempat yang sha belum terokai. So, in shaa Allah kalau berkesempatan nak pergi tempat-tempat tu semua.

Yang keempat, BOOKS HUNTING. Yesss benda yang paling nak buat, First nak beli special rack untuk organize buku-buku, Then, pergi mana-mana book fair dan beli segala jenis mak nenek buku yang ada. Banyak sangat buku dalam list to-buy ni. Tak baca lagi pun takpe. Asalkan ada je dulu. Baru la hati ni tenang.

Image result for books big bad wolf


Last but not least, HARRY POTTER'S. Apa yang dimaksudkan di sini ialah sha nak beli semua barang yang Harry Potter-related. Takde la semua. Cuma yang berkenan di hati je. Kalau semua, ada jugak yang merempat bawah jambatan nanti kang. Setakat ni sha dah ada semua DVD Harry Potter. Official one, of course. Buku Harry Potter in English masih belum lengkap. Same goes to yang Malay punya. Lepastu Time Turner necklace and Wand Keychain dah otw beli. Tunggu sampai je. So setakat ni yang masih belum ada dalam possession ialah Snitch Bracelet, Wand, House Muffler, Platform 9 3/4 ticket and so many moree. Sempat ke tak ye nak beli before 2017 ends? Hopefully sempat, amin.

So yeah that's it. Azam 2017. Mudah-mudahan semuanya tercapai. Half pun dah bersyukur dah. Nanti nak masuk tahun 2018, I will update this back, in shaa Allah kalau umur panjang. 

Thank you for reading, guys! Till the next try, adios!

No comments: