June 13, 2017

UM USM Medical School Interview 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah I've already gone through all the interviews. Not that bad sebab dah pernah lalui sesi temuduga right after my SPM. So takde la nervous sangat. Okay right now nak cerita tentang interview tersebut for future candidates plus for my own reference in the future. Maklumlah cepat lupa. For your info, sha dapat interview untuk kursus perubatan dan pergigian. Tapi sha akan post yang pergigian tu next time. Tak nak campur adukkan sekali. Oh dan sha akan tulis in Malay. If any of you nak English version or nak tanya apa2, boleh contact sha. Kalau comment dekat bawah, takut terlepas pandang.

Email: shairaelianis@gmail.com
Instagram: @shairael_

Universiti Malaya (UM)

Date: 23/05/17
Time: 12.30 pm
Venue: Main Examination Building, UM


Interview UM ini dijalankan secara MMI iaitu Multiple Mini Interview. Basically, akan ada banyak station untuk interview. Tapi hanya sekejap sahaja setiap station. Hence, the name, multiple mini interview. Interview haritu ada 4 station untuk setiap litar. Station A,B,C dan D. Lepas habis interview untuk station tersebut, korang akan pergi ke station seterusnya. Sampai lengkap litar tersebut. Contohnya, kalau first station korang ialah station C, habis je iv di Station C korang kena bergerak ke station D, lepastu Station A and last Station B. Kena ulang sebanyak 2 kali. Conclusion, C,D,A,B,C,D,A dan B. Haa maknanya setiap station kena interview 2 kali. Soalan yang berlainan ye. In case, ada yang tak paham, nah sha lukis balik layout plan.


Ok next. Interview's questions. Tiada tell me about yourself, why choose medic, why choose um. Semua soalan situasi yang memerlukan pendapat kita sendiri. Semuanya dalam bahasa Inggeris. Interviewer pula sangat friendly. Cuma ada sesetengah tu yang susah nak senyum sikit.

Soalan temuduga:
1. Your friend and a pedestrian are involved in an accident, both have the same degree of injury. You can only save one of them. Who you will choose and why?
2. Your friend is having a lot of problems and he is thinking of committing suicide. What will you do?
3. A couple lost their child due to a disease as the failed to give vaccines to their child previously. The goverment decided to only allow children who received vaccines to attend the school. Do you agree?
4. In other countries, doctors prescribe medicines and pharmacies dispense them. In Malaysia, doctors prescribe and dispense them. What do u think of the separation?
5. You accidentally hit your sister's beloved pet. Consider the interviewer as your sister and tell her what happened.
6. You are on a holiday with your family but suddenly you have to receive an on call because your fellow doctor got a sudden emergency leave because her family member died. Give your opinion.

p/s: thats not the exact questions. Lebih kurang macam tu la situasi dia. And supposedly ada 8 tapi sha tak ingat hahahaha sorry

Universiti Sains Malaysia (USM)

Date: 10/06/17
Time: 12.30 pm
Venue: Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian.


Interview USM juga dijalankan secara MMI. Tapi berlainan format daripada UM. Ada 4 litar, A,B,C dan D. Setiap litar akan ada 9 stesen iaitu 5 stesen aktif, 2 stesen bertulis dan 2 stesen rehat. Stesen ni saling berselang seli. Lepas habis satu stesen, kita akan bergerak ke seterusnya, sampai litar lengkap. Yang ini akan diberi penjelasan sebelum korang start interview. Dengar dan fahamkan. Kalau tak faham, tanya.

Soalan temuduga:
1. [English/Malay] You see a person park at the OKU parking spot. The person is physically fine. Tell her the appropriate thing to do. (Kena berlakon ye. Akan ada senior yang melakonkan watak orang yang parking salah tu)
2. [Malay] Encik Ali lumpuh kaki dan tangan kanan. Isteri Encik Ali yang menjaga beliau selama ini telah jatuh sakit. Anak-anak mereka ingin menjaga mereka namun mereka menolak. Apakah agaknya perasaan mereka?
3. [English] What will you do after graduating medical school?
4. [Malay] Ceritakan tentang cabaran hidup yang anda berjaya lalui atau kelebihan yang ada pada diri anda.
5. [English/Malay] Ali's parents want him to be a lawyer. They say that the lawyers in their family are rich. But, Ali wants to do medicine. What do you think Ali should do?


Yang kotak pink tu bilik untuk interview. yang kotak purple adalah meja sahaja bukan bilik. R untuk Rehat, T untuk test bertulis. Stesen bertulis ni bukanlah kena tulis esei panjang-panjang. Tak perlu pengetahuan tentang isu semasa pun.. Dia akan bagi gambar dan korang perlu tulis pemerhatian/conclusion daripada gambar tersebut. Tak susah pun kan? Oh and satu bahasa Melayu, satu lagi bahasa Inggeris.

Stesen rehat pula tak perlu buat apa-apa. Rehat je lah. Kalau nak luahkan isi hati pun boleh. Ada buku yang disediakan dekat situ khas untuk korang menulis kut2 bosan. Kalau taknak buat apa2 pun boleh. Jangan risau takde penilaian pun dekat situ.

Oh sebelum terlupa, selepas habis sesi interview tersebut, tak boleh balik lagi. Akan ada sesi lanjutan selama 20 minit. Sesi ni tak pasti nak uji tentang apa. Maybe teamwork? Sebab sesi ni akan dijalani dengan calon-calon yang lain. Tak ada interviewer. Yang ada hanya kami dan seorang penyelaras yang akan datang check kejap2. Kami hanya perlu siapkan tugasan yang diberikan dengan menggunakan kemudahan yang ada dalam bilik tersebut. Lepastu, siap! Eh tak lagi. Kena jawab ujian dulu. Personality test je. Tak perlu nervous tak tentu pasal. Jawab dengan jujur je. Lepas habis jawab, dah boleh balik yaayy

So that's it! Hopefully ianya membantu untuk future candidates. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh contact sha okay. Adios and goodluck!

No comments: